Followers

Sunday, April 25, 2010

Cara Pengibaran Bendera Di Johor


Berikutan kekeliruan mengenai pengibaran bendera negeri Johor dan bendera Malaysia di bangunan-bangunan di negeri ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan satu pekeliling khas mengenainya.

Menurut pekeliling itu, pengibaran bendera Johor mestilah lebih tinggi daripada bendera Malaysia.

Penentuan arah pandangan pengibaran bendera pula adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan.

Bagi pengibaran bendera yang melibatkan bendera Johor dan Malaysia, kedudukan bendera Johor adalah di sebelah kiri manakala bendera Malaysia di sebelah kanan.

Bagi pengibaran tiga bendera, kedudukan bendera Johor adalah di tengah-tengah, bendera Malaysia di sebelah kiri sementara bendera daerah atau pertubuhan di sebelah kanan.

1 comment:

  1. kurang setuju..sepatutnya bendera daerah atau pertubuhan di tengah2 kerana ia melambangkan sesuatu pertubuhan dan agensi itu.

    ReplyDelete