Followers

Thursday, April 23, 2009

Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara;
Laut China Selatan di timur;
Selat Tebrau di selatan; dan
Selat Melaka di barat.

Kedudukan Johor dari segi keluasan, penduduk dan kepadatan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
Keluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
Penduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
Kepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang maruah".

Johor dikenali sebagai "kubu kuat" bagi Barisan Nasional ( seperti yang diakui Anwar Ibrahim sendiri ). Di Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, DAP ( mewakili Pakatan Rakyat ) hanya menang satu kerusi Parlimen, sementara di Sidang DUN, Pakatan menghantar enam ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor.


Geografi

Rencana utama: Geografi Johor
Keluasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian penduduk mengikut kaum ialah:

Kaum Melayu: 51.0%
Kaum Cina: 35.4%
Kaum India: 6.9%
Kaum lain-lain: 6.6%.

Johor terbahagi kepada 10 daerah seperti berikut:

Daerah Johor Bahru
Daerah Kulaijaya
Daerah Pontian
Daerah Kota Tinggi
Daerah Kluang
Daerah Segamat
Daerah Ledang
Daerah Muar
Daerah Batu Pahat
Daerah Mersing

Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:
Pulau Tinggi
Pulau Rawa
Pulau Sibu
Pulau Tengah
Pulau Pemanggil
Pulau Aur
Pulau Besar
Pulau Pisang
Pulau Lima.

Bandar-bandar utama di Johor termasuklah Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Johor

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.
Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Johor Moden

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.
Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".
Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Residen British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.

Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

Daerah Luas (km2) Jumlah Penduduk
Johor Bahru 1,067.35 1,086,000
Pontian 919.50 143,729
Kota Tinggi 3,488.70 192,220
Kluang 2,851.80 254,631
Segamat 2,851.26 178,620
Muar 1,476.12 270,194
Batu Pahat 1,878.00 335,368
Mersing 2,838.60 67,557
Kulai Jaya 753.45 192,000
Ledang 970.00 58,501

Kerajaan negeri

Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar. Menurut perlembagaan tersebut, Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.

Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.

Negeri Johor dibahagikan kepada sepuluh daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:

Bangunan Sekretariat Negeri Johor di Bukit Timbalan.

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng
Johor Bahru:Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah,
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya
Kulaijaya: Majlis Perbandaran Kulai
Kluang: Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam
Kota Tinggi: Majlis Daerah Kota Tinggi, Mersing: Majlis Daerah Mersing
Muar: Majlis Perbandaran Muar
Ledang: Majlis Daerah Tangkak
Pontian: Majlis Daerah Pontian
Segamat: Majlis Daerah Segamat, Majlis Daerah Labis

Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.

Senarai Menteri Besar Johor

Rencana utama: Menteri Besar Johor

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad|Datuk Jaafar Mohamed (1886 - Jul 1920)
Datuk Mohamed Mahbob (Jul 1920 -1922)
Dato' Abdullah Jaafar (Sep 1923 - 1928)
Dato' Mustapha Jaafar (16 Sep 1928 - 23 Nov 1931)
Datuk Abdul Hamid Yusof (23 Nov 1931 - 28 Dis 1934)
Ungku Abdul Aziz Abdul Majid (Apr 1935 - 1 Jun 1947)
Dato' Onn Jaafar (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950)
Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed (20 Feb 1952 - 5 Jun 1955)
Datuk Wan Idris bin Ibrahim (1 Okt 1955 - 16 Jun 1959)
Tan Sri Hassan Yunos (27 Jun 1959 - 31 Jan 1967)
Tan Sri Othman Saat (Feb 1967 - Apr 1982)
Datuk Abdul Ajib bin Ahmad (29 Apr 1982 - 12 Ogos 1986)
Tan Sri Muhyiddin Yassin (12 Ogos 1986 - 3 Mei 1995)
Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman (3 Mei 1995 - Sekarang)

Ekonomi

Negeri Johor merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang lebih maju di Malaysia. Ekonominya terdiri daripada campuran pertanian, pengeluaran, perdagangan dan pelancongan.

Johor ialah pengeluar utama bagi getah, nenas dan minyak kelapa sawit. Hutannya merupakan asas untuk perkembangan pemprosesan kayu-kayan dan kayu balak. Sewaktu 1980-an, terdapat perkembangan utama taman-taman perindustrian dan projek perbandaran diseluruh negeri. Pelbagai syarikat antarabangsa daripada Singapura telah berpindah ke Johor untuk mengambil kesempatan daripada kos yang lebih rendah. Industri-industri utamanya termasuk elektronik, tekstil, pembinaan kapal, dan juga kilang-kilang penapis minyak kepala sawit dan bahan sumber semulajadi serta bahan kimia daripada petroleum.

Ramai penduduk di Johor juga berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Singapura disebabkan upah yang lebih lumayan.

Kebudayaan negeri Johor mengandungi pelbagai aspek daripada kaum Melayu, Cina, India dab lain-lain bangsa, termasuk orang asli dan orang Portugis. Campuran ini dibayangkan oleh tempat sembahyang yang terdiri daripada masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja-gereja yang berwujud di sisi satu sama lain. Selainnya, ia juga dibayangkan dalam pelbagai makanan tempatan, kostum, perayaan dan upacara amal.
Wilayah Pembangunan Iskandar telah dilancarkan pada 4 November 2006 di bahagian selatan negeri Johor.

Kebudayaan tradisi Melayu Johor

Rencana utama: Budaya di Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.
Wayang Kulit Purwa merupakan sejenis persembahan wayang kulit yang boleh didapati di negeri Johor dan dipersembahkan oleh masyarakat Johor berketurunan Jawa.

Pakaian tradisional Johor termasuk:
Baju cekak musang
Baju Teluk Belanga
Kurung Johor
Kurung Riau
Belah kebaya panjang

Pelancongan

Rencana utama: Pelancongan di Johor

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Desaru: pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
Johor Bahru: sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
Kota Tinggi: mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
Kukup: sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut;
Muar: sebuah bandar yang cantik di tebing sungai;
Kepulauan Seribuat: terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang indah;
Tanjung Piai: merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.
Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Gunung Ledang
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Pulau Kukup
Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
Hutan Lipur Gunung Pulai
Hutan Lipur Gunung Arong
Hutan Lipur Gunung Lambak
Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)
Hutan Lipur Gunung Panti.

Pengangkutan

Rencana utama: Pengangkutan di Johor

Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan and landasan keretapi mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang ditempatkan 30 kilometer daripada bandaraya Johor Bahru memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974, lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. Sebuah landasan kapal terbang yang baru sedang dibina.

Negeri Johor mempunyai tiga pelabuhan:
Pelabuhan Tanjung Pelepas: terletaknya di Johor Bahru, ia adalah pusat muatan pindah kapal yang terbesar di Malaysia;
Pelabuhan Johor: terletaknya di Pasir Gudang, ia merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia; dan
Pelabuhan Tanjung Langsat: terletaknya lapan kilometer dari Pelabuhan Johor, ia merupakan pelabuhan yang terbaru di Johor untuk mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang merbahaya.

5 comments:

  1. Johor terbahagi kepada 12 daerah seperti berikut:

    Daerah Johor Bahru
    Daerah Kulaijaya
    Daerah Pontian
    Daerah Kota Tinggi
    Daerah Kluangenyiaran
    9 Lihat juga
    10 Pautan luar
    Daerah Segamat
    Daerah Ledang
    Daerah Muar
    Daerah Batu Pahat
    Daerah Mersing
    Daerah Pasir Gudang
    Daerah Seri Alam

    #Harap perbetulkan maklumat tersebut di mana Johor setakat ini hanya mempunyai 10 daerah sahaja bukan 12...Daerah Pasir Gudang dan daerah Seri Alam tidak termasuk.
    Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah...daerah p.gudang n seri alam termasuk dlm johor bahru. Cuma pentadbiran je bwh pbt.

      Delete
  2. banyak daerah die..tapi,dulu 8 je kan.

    ReplyDelete
  3. Saya dari indonesia mencari keluarga saya di malaysia d daerah johor,skudai dengan nma sarmenah dan memiliki anak dengan nma udin saprudin saya sebagai cucu agus sudirman asal pandeglang,banten indonesia.apabila ada dari saudara yang tau harap beri info terima kasih
    Assalamualaikum

    ReplyDelete