Followers

Friday, July 31, 2009

laporan khas - TUNTUTAN ORANG-ORANG BUKAN ISLAM MELALUI IFC

pengisian oleh durakhyar
________________________________________
1. MUKADDIMAH
Satu tuntutan ang dibuat oleh sekumpulan orang bukan Islam melalui IFC, satu pertubuhan NGO, yang menyentuh beberapa perkara undang-undang Islam di Negara kita. Telah berlaku IFC menyentuh 14 perkara penting yang membakar kesabaran kita yang mana mencabar kesucian Islam, Mahkamah Syariah, Institusi Raja-Raja, Institusi Mufti, Jabatan Agama, Pertubuhan Islam dan semua orang Islam. Nama lain bagi pertubuhan IFC ini ialah dipanggil kumpulan ARTIKEL 11.
2. SIAPA DIA IFC
IFC digagaskan pertubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
3. MATLAMAT IFC
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.
4. TUNTUTAN IFC
IFC menuntut 14 perkara iaitu :
i. Seseorang anak yang dilahirkan ole ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendakla dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamnya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agamitu hendaklah diajar disemua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan aripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
5. TINDAK KITA UMAT ISLAM
Semua tuntutan IFC telah dibantah oleh Majlis Agama Islam, Institusi Mufti, badan-badan dan NGO Islam yang lain. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam patut tersinggung dan marah akan tuntutan IFC. Kerana tuntutan mereka berbau perkauman dan bertujuan merendahkan martabat Islam di Malaysia. Kita patut bertindak seperti berikut :
i. Membantah semua tuntutan IFC.
ii. Bersatu padu melalui institusi Masjid untuk menghalang tuntutan tersebut.
iii. Menyebarkan berita ini kepada kawan-kawan dan keluarga kita.
iv. Menyokong tindakan kerajaan kepada IFC.
v. Muat turun [DOWNLOAD] fail ini dan dengar isi kandungannya : Penerangan IFC (sila klik kanan pada link dan ke "Save Target As")

No comments:

Post a Comment