Followers

Wednesday, August 10, 2011

Kenyataan Akhbar Penuh JPN mengenai penipuan kisah pengundi PR bernama Mismah


KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment