Followers

Wednesday, November 25, 2009

Lima Klinik 1Malaysia akan dibina di tiga daerah

NUSAJAYA 24 Nov. - Kerajaan negeri akan membina lima Klinik 1Malaysia di tiga lokasi berbeza iaitu Johor Bahru, Kulaijaya dan Kluang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, tiga klinik 1Malaysia dibina di Johor Bahru iaitu di Rumah Pangsa Stulang, Rumah Pangsa Bandar Seri Alam dan Taman Megah Ria, Masai dekat sini.

Beliau berkata, dua lagi akan dibina di lot rumah kedai Taman Senai Utama, Kulaijaya dan Rumah Kedai Taman Seri Lambak, Kluang.

"Kawasan ini dipilih kerana kebanyakan penduduk memiliki pendapatan sederhana dan jarak dari klinik kesihatan sedia ada berada dalam lingkungan 10 kilometer.

"Penduduk di kawasan ini juga berbilang kaum sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Baderi Dusuki (BN-Panti) mengenai lokasi serta perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia.

Robia berkata, Klinik 1Malaysia itu dijangka mula beroperasi pada Januari dan Februari depan.

Beliau berkata, klinik tersebut akan beroperasi selama lima hari seminggu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

"Klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Secara tidak langsung ia dijangka membantu mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan sedia ada dan akses masyarakat untuk mendapatkan rawatan ringan terutama di kawasan bandar dapat dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata, Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan meliputi rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik, prosedur rawatan ringan dan khidmat nasihat.

Beliau berkata, skop perkhidmatan itu dikendalikan oleh penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

3 comments:

  1. assalamulaikum...

    xslhkan nk komen n mengingti..

    gua stuju btl dgn korng smua...sy xsokong pkr sbb pkr 2 asal umno gk.

    bab politik plak, gua xkata ummno 2 slh. dlm umno ad y baik, dlm pas ad gk y buruk. kita sama2 lh baiki smu 2.

    tp gua ad reason tersndiri knpe gua kt pas. y 2 korg cr sendiri knpe. org kata nk tau kne blajar, pe la dengar2 ceramah agama.
    cthny mengapa sy tolk umno..
    dlm Al-Quran ad empat perkara y ditekan kn, puasa, wahsiat, hukum hudud, pergaulan. knpe krjaan tolng hukum hudud xtau la, sedangkan hukum hudud 2 prlu dilaksanakn, pelaksanaany sm cm kita wajib puasa. klu kita kata hudud xblh dprktik skrng mka ibarat cm kita kata puasa 2 pn xsesuai. lbh kung cm 2 la. dlm sjarah nabi, setlh jd perdana menteri madinah, pertama skali pelembgaan islm, nabi nk buat undng2 sndiri tp ALLAH xbenarkan sbb DIA tau nabi akan letk seringan2 hukuman sbb dia syg pd umat ny, tp ALLAH titahkn dlm al-Quran supaya laksaknlh hukum hudud iaitu hukum kisaq. 2 antr sbb para ulamat perjuangkn hukum 2. why ke dua, klu org membunuh hukum dia bunuh, dlm udng2 mlysia tali gantung tp hudud pancung dgn pedang. scr waras kita fkir sm je tp sbnrny kita clp. ALLAH arh pancung mereka y membunuh tp kita p gantung, cian kt mereka sbb ble kt padng masyar septutnya dosa dh kurng sbb kne gantung tp ALLAH xterima dgn hukuman 2 sbb xikut ckp DIA. so sia2 je org 2 mati d dunia kne gantung tp dosa xterhapus. so klu kita umat islam, kita akn selamtkn sesama umat kita.

    cuma gua nk bg tau la, jgn sesekali kita benci ahli agama mau pn ulamak. xkesh la sokong sape2 pn. sbb nabi dh ckp y menymbung ape y beliau bt bkn keturunan tp para ulamak. katakan pas n umno duk gaduh, tb2 kiamat, kat seblh mane anda nk duk, sblh dketuai ulamak or bangsawan?? klu sy lbh ykin ulamak la. y kedua npe kita xblh bnci para ugama ni, katakan kita mati, sape y mandikan kita? y tanam kita? xln xbkn org ugama la y urus kita. xkn kita nk suruh bangsawan uruskn kita manyat kitakn.

    sy ok dibwh pentadbirn spe2 pn aslong dia utamakan agama.
    so, xprlu gaduh kot.. kita sokong y mane wajib bkn sokong y mane kita nk k. wassalam..

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pandangan saudara... dari segi idelistik memang betul. tetapi dari sehi realistik tidak betul.

    idealistik negara Islam dengan syariat secara syumul.

    Realistik ialah sejauh mana pelaksanaan sgala syariat Islam dapat dilaksanakan... dan ini tidak bermakna kita menolak hudud tapi dari segi pelaksaan sahaja kita menghadapi realistik yng komplikated.

    Adakah ianya begitu mudah untuk dilaksanakan... kita melihat bagaimana mahkamah syariah mengendali sesuatu kes memakan masa yang lama.. berthaub-tahun.. sedangkan kekadang kes yang asas seperti kes cerai, harta mutaah dan sebagainya.

    Maksudnya untuk melaknsakan hudud blueprint tentang pelaksanaan hudud perlu lah jelas dan diseragamkan... sedangkan PAS terengganu dan PAS kelantan mempunyai enakmen hudud yang berbeza... itu dalam PAS sendiri..

    Apatah lagi mengenai negara Islam PAS, Ketika digertak oleh Tun Mahathir PAS tiada langsung blue print negara ISlam. Malah cukup memalukan berpuluh tahun berkokok bab negara Islam akhirnya terbukti PAS tiada rujukan malah buku senipis buku tadika yg asyik dilambaikan2 kepada hadirin.. apa citer ini??

    Di Malaysia Islam lebih kurang 62% berbanding Indonesia jumlah umat Islam ialah 95%.. itupun hukum hudud tak dapat dilaksanakan..

    Langkah pertama hendak laksanakan hudud ialah perpaduan semua umat Islam di negara Ini...

    Jadi sebelum itu untuk melaksankan hudud ianya perlu komitmen semua pihak UMNO sedang memerintah adakah PAS boleh bersama UMNO.... Ulama dan umara... perbincangan dan muzakarah perlu dibuat secara berterusan...

    BUkan setakat Unity government tetapi muzakarah juga ditolak oleh PAS... dengan ini bolehkah berlaku sekarang....

    PAS pun bukanlah ikhas hendak laknsakan hudud.. dan sekarang PAS tidak pernah menyebut mereka hendak laksanakan hudud sekarang... mana kenyataan pemimpin mereka sekarang yang sebut mereka mahu laksakan hudud...

    Ianya perlu dibuat secara Ikhlas dan bukanlah kepentingan politik semata-mata..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,

    Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan.

    ReplyDelete