Kedudukan agama Islam semakin terancam di negara ini kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara dan agama lain tidak boleh disebarkan kepada penganut Islam.
“Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.
“Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia' di seminar Mendaulatkan Islam - Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada Rabu.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Dr Yusri Mohamad berkata dalam Perlembagaan Persekutuan telah dijamin bahawa (mana-mana) kerajaan harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam di negara ini.
“Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara,” katanya.
Menurut bekas Presiden ABIM itu, masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama (idealogi) negara.
Sementara itu, Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI), Mahamad Naser Disa berkata kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.
“Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.
“Tapi apabila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan,” katanya.
Bagi, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.
“Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.
“Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam,” katanya.
Seminar sehari ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini
Ia dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, dan diakhiri dengan forum “Mempertahankan kesucian Aqidah Islam” yang dihadiri lebih 300 orang
1Johor
Followers
Thursday, August 18, 2011
Islam Terancam Kerana Ada Pemimpin Pentingkan Undi
Isu Pemilih Sama Nama : Suhaizan Ketandusan Isu Untuk Berbohong
Suhaizan Kayat (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) mungkin sudah ketandusan isu sehinggakan sanggup mencipta isu atau bahasa kasarnya berbohong dengan mengatakan SPR mendaftar pemilih yang mempunyai sama nama.
Berikut adalah penjelasan SPR dalam Bernama berkenaan isu yang cuba dibangkitkan oleh saudara Suhaizan.
Daripada sibuk mencipta isu, adalah lebih baik Suhaizan cipta resepi kuih raya baru. Kalau sedap boleh buat jualan, raya pun nak dekat ni.
Berikut adalah penjelasan SPR dalam Bernama berkenaan isu yang cuba dibangkitkan oleh saudara Suhaizan.
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda Pas wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.
Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain, manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang..
Bagaimana pun, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.
Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda Pas melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya, Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.
Kamaruddin berkata, SPR melakukan semakan menggunakan Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara daripada 12.3 juta pengundi dalam negara untuk menyiasat dakwaan itu.
“Dalam urusan pendaftaran pemilih, pengenalan diri pengundi direkodkan berdasarkan kepada nombor kad pengenalan dan bukannya nama kerana sekiranya nama digunakan, ia tidak membolehkan SPR membezakan pengundi kerana ramai individu yang ejaan nama mereka adalah sama,” katanya. – Bernama
Daripada sibuk mencipta isu, adalah lebih baik Suhaizan cipta resepi kuih raya baru. Kalau sedap boleh buat jualan, raya pun nak dekat ni.
Sunday, August 14, 2011
Isu Tindakan JAIS : PAS Tak Faham Isu Sebenar
Artikel ini dipetik dari http://screwkuat69.blogspot.com
Tukang Screw tidak faham sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang di atas kertas mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi BEBAL memahami isu, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak jaga hati DAP/PKR atau PAS memang tak mampu nak selesaikan masalah dan mempertahankan Islam. Cuba rujuk kenyataan Dr. (Dr konon tapi bebal) Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan slogan PAS For All yang disiarkan dalam Harakahdaily berbunyi :
"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"Isu yang berlaku adalah melibatkan usaha GMDU dan beberapa gereja memurtadkan umat Islam, jadi tidak timbul isu PAS menjalinkan hubungan baik dengan gereja. Gereja memang menerima PAS dengan baik sebab PAS sahaja yang boleh ditunggang dan menghalalkan usaha memurtadkan umat Islam oleh gereja. PAS lebih mementingkan penganut Kristian menghormati mereka daripada menghormati kesucian Islam dengan merendahkan maruah mereka dan menagih undi. Itulah hakikatnya yang PAS tidak mampu sembunyikan dan tersilap percaturan kerana terlalu gila untuk berkuasa!"MENGULAS TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYERBU (sepatutnya guna perkataan MEMERIKSA) GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA (GMDU) KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN, BELIAU BERHARAP KEDUA-DUA BELAH PIHAK TAMPIL KE HADAPAN MEMBERIKAN PENJELASAN SUPAYA DI ATASI DENGAN BAIK."Adakah Mujahid yang bebal atau wartawan Harakah yang bebal (kalau bab BEBAL ni wartawan Harakah memang top sejak dulu lagi)! JAIS telahpun memanggil 12 orang yang terlibat dalam isu ini hadir ke sesi kaunseling dan temuduga pada 15 Ogos lepas jadi tidak patut timbul kenyataan "KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN" yang sememangnya sudah terang dan bersuluh bahawa mereka hadir ke GMDU! Daripada kenyataan ini kita dapat menilai taraf keintelektualan Mujahid yang serupa macam Tukang Screw atau bawah sedikit dan dalam masa yang sama secara tersirat Mujahid sendiri tidak menyokong tindakan JAIS.Mujahid juga tidak faham-faham lagi mengapa JAIS dan GMDU enggan berjumpa PAS bagi menerangkan isu ini? Sebab kedua belah pihak terbabit sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan parti yang NTAHAPANTAH yang hampir pecah tembelangnya dan gagal mempertahankan kesucian Islam. Mana usaha dakwah yang diwar-war dan dibangga-bangga selalu oleh PAS terhadap DAP? DAP makin berjaya dakwah umat Islam masuk kristian dan menghina Islam adalah!!!Tukang Screw nasihatkan agar Mujahid berdiam diri dan jangan buat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana setiap kenyataannya makin menunjukkan kejahilan dan kejumudan dirinya sendiri. Wallahualam.
Wednesday, August 10, 2011
Kenyataan Akhbar Penuh JPN mengenai penipuan kisah pengundi PR bernama Mismah
KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
- Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
- Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
- Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.
Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.
Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia
Sekian, terima kasih.
Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011
Saturday, February 26, 2011
Anwar, Nik Abdul Aziz Pengkhianat Bangsa: Dr M
KAMPUNG GAJAH: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. -BERNAMA
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. -BERNAMA
Friday, February 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)