Followers

Thursday, August 18, 2011

Isu Pemilih Sama Nama : Suhaizan Ketandusan Isu Untuk Berbohong

Suhaizan Kayat (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) mungkin sudah ketandusan isu sehinggakan sanggup mencipta isu atau bahasa kasarnya berbohong dengan mengatakan SPR mendaftar pemilih yang mempunyai sama nama.

Berikut adalah penjelasan SPR dalam Bernama berkenaan isu yang cuba dibangkitkan oleh saudara Suhaizan.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda Pas wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.

Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain, manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang..

Bagaimana pun, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda Pas melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya, Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Kamaruddin berkata, SPR melakukan semakan menggunakan Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara daripada 12.3 juta pengundi dalam negara untuk menyiasat dakwaan itu.

“Dalam urusan pendaftaran pemilih, pengenalan diri pengundi direkodkan berdasarkan kepada nombor kad pengenalan dan bukannya nama kerana sekiranya nama digunakan, ia tidak membolehkan SPR membezakan pengundi kerana ramai individu yang ejaan nama mereka adalah sama,” katanya. – Bernama

Daripada sibuk mencipta isu, adalah lebih baik Suhaizan cipta resepi kuih raya baru. Kalau sedap boleh buat jualan, raya pun nak dekat ni.


No comments:

Post a Comment