KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2009 yang bermula dengan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, bakal memberi suntikan baru bagi memperkasakan serta menjadikan Umno lebih demokratik dan telus selaras dengan kehendak semasa.
Malah, pemimpin Umno yakin usul lapan pindaan perlembagaan parti yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas, Khamis ini, akan menjadikan Umno lebih relevan dan mengembalikan kepercayaan orang Melayu serta rakyat terhadap parti itu untuk terus kekal sebagai tunjang Barisan Nasional (BN).
Antara usul pindaan itu ialah memberi hak kepada 146,500 perwakilan untuk menentukan kepemimpinan Umno, menghapuskan sistem kuota, mengadakan serentak persidangan mesyuarat perwakilan serta menguatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yakin pindaan perlembagaan akan mengubah persepsi masyarakat yang sebelum ini menganggap Umno hanya dikuasai golongan elit.
"Cadangan menambah perwakilan kepada 146,500 orang membuktikan Umno berusaha untuk memberi peluang kepada semua orang untuk bersuara dan menentukan hala tuju parti. "Cadangan yuran keahlian seumur hidup pula diharap akan memberi peluang kepada mereka yang belum menyertai Umno untuk sama-sama menyertainya," katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pindaan perlembagaan Umno adalah pendekatan yang amat dinanti-nantikan oleh ahli parti terutama di peringkat akar umbi.
"Saya yakin pindaan perlembagaan ini satu langkah pembaharuan parti selaras dengan kehendak akar umbi dan kita mahu menyesuaikan perjuangan parti dengan apa yang dikehendaki mereka," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pindaan perlembagaan yang akan dibincangkan esok hasil 172 maklum balas yang diterima daripada setiap bahagian.
"Saya berharap perwakilan akan menyokong pindaan perlembagaan ini dan memang kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak tapi itu cadangan terbaik buat masa ini," katanya.
Seramai 2,539 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung khas itu, manakala perwakilan Wanita serta Pemuda masing-masing seramai 795 orang dan Puteri 789 orang.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pindaan perlembagaan parti akan mengarusperdanakan dan menginstitusikan kepemimpinan Wanita kerana 22,500 perwakilan wanita dijangka terbabit dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.
"Pindaan perlembagaan itu akan membuka era baru kepada perjuangan wanita Malaysia dalam arena politik. "Pindaan perlembagaan ini amat penting sejajar perkembangan semasa yang memperlihatkan kekuatan tenaga lelaki dan perempuan adalah seiring," katanya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berkata perhimpunan kali ini penting kerana usul pindaan perlembagaan dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap perjuangan dimainkan Pemuda selama ini.
"Pindaan perlembagaan parti juga cukup signifikan dalam memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam membela rakyat," katanya.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pindaan perlembagaan akan membuka peluang kepada kira-kira 8,000 pemimpin Puteri peringkat cawangan menentukan kepemimpinan parti, berbanding 800 orang sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, juga berharap perwakilan akan melihat pindaan perlembagaan sebagai usaha ke arah perubahan lebih menyeluruh.
Kepada seluruh warga UMNO dan para perwakilan, Selamat Menyempurnakan Persidangan Agung UMNO bagi tahun 2009!
Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.
ReplyDeleteSATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.
Ape la mamat ni..semua negara ada rasuah.Setiap kesilapan harus kita perbaiki..bukan hentam umno abis abisan...tu sikap pembangkang.
ReplyDeleteISU RASUAH isu yg Lapuk dan sekarang UMNO gah dan diterima rakyat,