Followers

Sunday, November 15, 2009

Makanan tradisi : Laksa Johor Ori

Laksajohor
masakan johor

Created on : 27-07-2006

Bahan-bahan ( 12-15 orang )

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 20 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
  12. SELAMAT MENCUBA

Sumber : Myresepi

2 comments:

  1. PENGUMUMAN: KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA merupakan kursus wajib bagi semua pengendali makanan (mereka yang mengendali makanan secara terus atau tidak terus dan mengendali bahan yang bersentuhan dengan makanan). Kursus hanya 4 jam, sijil adalah sah untuk seumur hidup.Yuran hanya RM50.layari http://firstwingbizcorp.blogspot.com untuk pertanyaan lanjut.terima kasih.

    ReplyDelete