Followers

Tuesday, October 26, 2010

Kerajaan BN berjaya selesaikan isu tanah sejak 80-an


KAMPUNG SRI TIMUR 2 – Seramai 820 penduduk kampung menerima tanah yang telah dikurniakan kepada mereka setelah bertahun-tahun menanti.

Pengerusi Kampung Sri Timur 2, Abu Nayam Bakri berkata, penduduk kampung sangat gembira dan bersyukur kerana pada bulan ini mereka sudah mempunyai tanah berserta geran yang telah diberikan kepada mereka setelah menanti sejak tahun 1986.

“Penduduk yang terlibat bukan sahaja di kampung Sri Timur 2 tetapi Kampung Ilham, Kampung Sri Cahaya dan Kampung Sri Tambak 2 juga dianugerahkan tanah ini adalah milik mereka.

“Saya juga mewakili penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri Johor, wakil Rakyat kawasan ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Mohd Jais Sarday dan semua yang terlibat,” katanya ketika ditemuramah Sinar Harian.

Abu Nayam berkata, pada mulanya tanah ini diceroboh oleh penduduk pada tahun 1986 dan setelah diisytiharkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tanah tersebut akan dijadikan kampung.

Beliau berkata, setelah itu, ramai yang mengerjakan dan membersihkan kawasan tanah yang seluas 800 hektar.

“Selepas dikerjakan oleh mereka untuk beberapa tahun dan hasil pertanian juga telah dikeluarkan pada tahun 2009 didapati terdapat ada badan syarikat mahu mengambil tanah berkenaan dan papan tanda juga telah dipasang di kawasan tanah tersebut.

“Saya terus menghantar surat kepada yang berkenaan untuk me�nyelesaikan masalah tanah ini de�ngan secepat mungkin demi penduduk-penduduk yang terlibat dengan pemilikan tanah berkenaan kerana mereka bersusah payah mengusahakan tanah tersebut,” katanya.

Menurut Abu Nayam, beliau meminta isu tanah seluas 800 hektar ini diselesaikan dengan segera dan permohonan beliau sudah dipersetujui oleh Menteri Besar untuk diberi kepada penduduk Kampung Sri Timur 2 yang mana telah diperintahkan pada tahun 1999.

Beliau berkata, apabila sudah diperintahkan sedemikian, maka penduduk-penduduk kampung dikehendaki untuk membayar premium untuk pemprosesan geram pemilikan tanah berkenaan.

“Ekoran itu, seramai 820 telah menerima geran tanah berkenaan dan sekiranya terdapat penduduk yang masih belum diproses permohonannya perlu disegerakan.

“Ini merupakan hadiah kepada penduduk setelah bertungkus lumus mempertahankan tanah ini kerana sudah diusahakan sekian lama,” katanya lagi.

Sumber : Sinar harian

1 comment: