Followers

Saturday, July 25, 2009

Pembasmian Kemiskinan Yang Telah Dilakukan Kerajaan BN





Pendahuluan

� Sejak merdeka, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan perhatian yang serius dalam usaha membasmi kemiskinan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.

� Keprihatinan kerajaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui pengenalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) dan Wawasan 2020.

� Hakikatnya, pembasmian kemiskinan adalah komponen penting dalam DEB (1971-1990), DPN (1991-2000) dan DPW (2001-2010).

Kadar Kemiskinan

� Kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan seperti berikut :

Tahun - Peratus (%)
1970 - 52.4
1988 - 17.3
1990 - 16.5
1999 - 7.5
2002 - 5.1


� Kadar kemiskinan luar bandar berkurangan daripada 12.4 peratus pada 1999 kepada 11.4 peratus pada 2002.

� Kadar kemiskinan bandar berkurangan daripada 3.4 peratus pada 1999 kepada 2.0 peratus pada 2002.

� Di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar kemiskinan yang paling tinggi. Pada 2002, masing-masing mencatat 12.4 peratus dan 10.7 peratus.

Strategi dan Pendekatan

� Strategi Pembangunan Luar Bandar adalah pendekatan bersepadu untuk mengatasi masalah kemiskinan. Strategi ini telah dilaksanakan sejak 1960-an meliputi pelbagai program seperti berikut:

a. Pembangunan Pertanian
b. Pembangunan Tanah
c. Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan Asas
d. Pembangunan Insan
e. Pembangunan Industri Desa
f. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
g. Pembangunan Wilayah.

� Strategi ini dilaksanakan oleh berbagai-bagai agensi kerajaan dan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

� Selain memberikan penekanan utama terhadap aspek pendidikan sebagai teras peningkatan hidup rakyat, komponen strategi pembasmian kemiskinan adalah untuk:

a. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor moden berproduktiviti tinggi, terutama perindustrian, perdagangan dan perbandaran.

b. Meningkatkan produktiviti aktiviti pertanian, misalnya menerusi usaha mengkomersilkan sektor pertanian dan pembangunan pertanian bersepadu.

c. Menyediakan dan meluaskan penerimaan kemudahan perkhidmatan asas untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk berpendapatan rendah, termasuk program pembandaran desa, pusat pertumbuhan desa, penempatan semula setinggan, perumahan kos rendah, bekalan air dan elektrik.

Kesimpulan

� Kerajaan BN amat komited dalam usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara melalui program-program dan strategi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

� Keprihatinan ini bukan sahaja bersandarkan kepada hakikat bahawa sekiranya gejala kemiskinan tidak dibasmi ia akan menggagalkan matlamat menjadi negara maju, malah inisiatif ini juga berpaksikan kepada tuntutan agama Islam sendiri sebagaimana yang terkandung di dalam nas-nas berikut:

a. Diriwayatkan oleh Abu Na�im, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud �Kemiskinan hampir membawa kepada kekufuran�.

b. Di dalam al-Quran, surah al-Qasas, ayat 77 yang bermaksud �Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan di dunia�.

� Komitmen dan pendirian kerajaan tentang isu kemiskinan ini juga jelas tergambar melalui kenyataan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu majlis di Besut, Terengganu pada 21 Februari 2004.

Beliau menyeru agar rakyat merubah persepsi songsang bahawa mereka dilahirkan untuk menjadi miskin.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat meningkatkan kebolehan, memperbaiki taraf hidup dan menyumbang kepada ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment