Followers

Friday, November 13, 2009

Amaran hujan lebat di Pahang, Johor

13/11/2009 3:06pm

KUALA LUMPUR 13 Nov. — Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan hujan lebat di kedua-dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pagi esok.

Daerah yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, manakala di Johor ialah Mersing dan Kluang.

Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini turut mengekalkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang diramai sehingga Khamis (19 Nov) serta di Perak dan Kedah mulai malam Isnin (16 Nov.) hingga Jumaat (20 Nov.).

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli Gua Musang, manakala di Terengganu Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian. - Bernama

No comments:

Post a Comment