Followers

Monday, December 13, 2010

MB Johor : Lawatan kerja selesai pelbagai masalah

KULAIJAYA: Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman, berpuas hati dengan siri lawatan kerjanya ke kawasan-kawasan parlimen di seluruh Johor setakat ini kerana ia berjaya menyelesaikan pelbagai masalah termasuk sistem perparitan, sampah tidak diangkut dan penantian mendapatkan hak milik tanah yang berlarutan hingga bertahun-tahun.
Katanya, beliau akan sampai ke empat lagi kawasan parlimen yang belum dilawati, iaitu Pasir Gudang, Batu Pahat, Ledang dan Pagoh awal tahun hadapan.

“Selepas itu saya akan sekali lagi mengadakan lawatan ke seluruh kawasan parlimen di Negeri Johor untuk melihat semula perkembangan perkara-perkara yang dibangkitkan pada lawatan sebelum ini, selain menyelesaikan masalah-masalah baru di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke kawasan parlimen Tenggara di sini, Sabtu lalu.

Lawatan kerja Tenggara adalah kawasan parlimen terakhir yang dilawati Abdul Ghani dalam siri lawatan kerjanya untuk tahun ini.

Siri lawatan kerja beliau ke seluruh kawasan parlimen di Johor bermula 11 Jun tahun lalu di kawasan parlimen Muar.

Ia diikuti lawatan ke kawasan parlimen Simpang Renggam pada bulan Julai sebelum terhenti seketika untuk beberapa bulan.

Siri lawatan itu kemudian disambung semula pada Januari tahun ini bermula di kawasan parlimen Tanjung Piai.

Ia seterusnya dilakukan di kawasan-kawasan parlimen lainnya sekurang-kurangnya sekali dalam setiap bulan. Setakat ini Abdul Ghani sudah melawat 22 kawasan parlimen di Johor.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai isu dan masalah rakyat telah berjaya diselesaikan, antaranya kes permohonan hak milik tanah, pembinaan sekolah agama, rumah-rumah ibadat serta masalah sistem perparitan.

Selain itu, beberapa projek khas turut diumumkan di kawasan-kawasan parlimen terbabit, termasuk pembinaan kampus induk di kawasan parlimen Tenggara, pembinaan tembok hakisan pantai di kawasan parlimen Pontian dan pusat petempatan pekerja asing di kawasan parlimen Gelang Patah.

Sumber : Medkom

Monday, November 29, 2010

Ketuanan Melayu di"bakulsampahkan", Kit Siang dilantik TPM

Syabas dah tahniah kepada PKR yang baru sahaja selesai konvensyen baru-baru ini kerana berjaya menghapuskan Melayu sebagai hak milik Tanah ini...

Syabas juga kepada Perwakilan PKR yang berbangsa Melayu kerana dengan tangan anda, hak Melayu akan dihapuskan.. dengan kata lain hak anak-anak Melayu yang perlu terus dibantu dari segi pendidikan dan ekonomi..

Dan lebih membanggkan PKR berjanji akan memberikan kerusi TPM [kliksini] kepada DAPig, Kit Siang bekas pegawai khas Lee Kuan Yew.. menteri mentor Singapura yang berjaya menghapuskan sama sekali kuasa Melayu di sana.

Kali ini senarionya tidak jauh berbeza, Cina DAPig sekali lagi berjaya menggunakan PKR untuk menghapuskan Melayu... @ boneka @ trojan..

Sekarang sudah sangat terang dan jelas.. siapa itu PKR.... mereka ialah musuh kepada Bangsa Melayu dan ajen kepada Cina DAPig!!

Inilah akibatnya apabila terlalu gilakan kuasa.. terdesak untuk dapatakn undi Cina, sanggup menjual apa sahaja walaupun bangsanya sendiri... inilah jenis pemimpin bangsat.. inilah pelacur politik..

Sedangkan semua pemimpin Cina berusaha sedaya upaya untuk pertahankan hak mereka.. kita pula sebagai pemimpin Melayu mahu hapuskan hak kita... bodoh punya orang..

Apa maknanya janji Anwar mahu meletakkan Kit Siang untuk jawatan TPM.. iaitu tujuannya ialah untuk menghapuskan Melayu.. semua keistimewaan Melayu akan dihapuskan termasuklah Institusi beraja.. sebagaimana Singapura lakukan dahulu...

Mana letaknya PAS.. sekali lagi akan dipinggirkan dan dibakulsampahkan... sedangkan yang banyak menyokong PKR adalah penyokong PAS bodoh..

Rakyat boleh tengok betapa kotornya pemilihan PKR baru-baru ini, bagaimana banyak penyelewengan berlaku... cuba lihatlah bagaimana Aljuburi menggunakan kuasa mutlak beliau.. sehiangga dalam parti di penuhi dengan anak-beranak kronisme dan nepotisme..

Bagaimana banyak aduan hanya dibakulsampahkan... orang melawan akan dihapuskan.. inilah gaya kepimpinan PKR ala diktator... tiada beza dengan yahudi dan komunis...

Apa akan jadi jika kepimpinan ini diterapkan di negara ini... hancurlah negara... cuba bayangkan Aljuburi sebagai PM dan Kit Siang sebagai TPM... dengan kuasa yang mereka ada... terhapuslah Melayu di bumi sendiri...,.

..waliazubillah min zalik...

Monday, November 15, 2010

Lebuh Raya Pasir Gudang dinaik taraf

JOHOR BAHRU 14 Nov. - Kerajaan akan menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat menjadi enam lorong pada tahun depan dengan kos RM150 juta bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerja-kerja menaik taraf itu akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama projeknya membabitkan kos RM40 juta.

"Lebuh Raya Pasir Gudang akan menjadi tiga lorong di setiap hala yang sebelum ini hanya mempunyai dua lorong di sebelah kiri dan kanan.

"Melalui projek naik taraf ini, kesibukan dan kesesakan di lebuh raya itu akan dapat diatasi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Komuniti Polis Daerah Seri Alam, di Dataran Alhamra, Menara Aqabah di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Timbalannnya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Pada Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat Pasir Gudang berjanji yang kerajaan akan menyelesaikan masalah kesesakan di laluan tersebut.

Khaled berkata, apabila kerja-kerja menaik taraf bermula, semua kenderaan berat boleh menggunakan Lebuh Raya Senai-Desaru dan tidak dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, langkah tersebut adalah untuk sementara waktu bagi mengurangkan kesesakan sehingga projek menaik taraf siap sepenuhnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta penduduk di sini supaya memberikan kerjasama penuh terhadap program itu untuk memastikan kegiatan jenayah dapat dibanteras.

Katanya, ini kerana bilangan penduduk Pasir Gudang bertambah setiap tahun dan pihak polis tidak boleh berada di setiap tempat untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan.

Sementara itu, Mokhtar berkata, indeks jenayah di negeri ini dari Januari hingga bulan lalu menurun sebanyak 24.25 peratus iaitu dengan mencatatkan 5,942 kes.

Bagi tempoh yang sama, katanya, indeks jenayah jalanan turut menurun sebanyak 38.62 peratus dengan bilangan 5,942 kes.

"Kadar jenayah bagi tempoh tersebut yang berjaya diselesaikan ialah sebanyak 42 peratus atau 7,678 kes," katanya dan yakin melalui program itu kadar jenayah di Johor dapat dikurangkan lagi.

Utusan

Tuesday, November 09, 2010

PKR Johor tolak kepimpinan Jui Meng




SEBAHAGIAN ketua-ketua cabang dan anggota PKR Johor memegang kain rentang yang menyifatkan Jui Meng sebagai seorang diktator yang tidak layak menjadi Pengerusi PKR Johor di Batu Pahat, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 7 Nov. – Gaya kepimpinan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng yang didakwa ‘meniru’ dan membawa masuk budaya MCA dan Barisan Nasional (BN) ke dalam parti pembangkang itu ditentang ahli parti tersebut.

Antara yang lantang membidas gaya Jui Meng itu ialah bekas Setiausaha PKR negeri, Saiman Marjuki yang menyatakan tindakan pemimpin itu memalukan kerana menunjukkan seolah-olah PKR tidak mempunyai gaya kepimpinan tersendiri sehingga terpaksa mencedok kaedah yang digunakan parti kerajaan.

Kata Saiman yang merupakan Ketua PKR cabang Sembrong, selain beliau 18 daripada 26 ketua cabang lain turut menentang gaya pimpinan bekas Menteri Kesihatan itu.

“Baru-baru ini Jui Meng mengeluarkan kenyataan di akhbar menyatakan situasi pemilihan jawatan dalam PKR adalah sama seperti MCA dan UMNO.

“Beliau tidak sepatutnya menyentuh tentang MCA kerana ini hanya menunjukkan beliau membawa masuk budaya MCA dan BN ke dalam PKR, seolah-olah kita tidak ada stail kepimpinan sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Saiman berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang menyiarkan kenyataan Jui Meng bahawa situasi pemilihan jawatan dalam PKR negeri dilakukan sama seperti yang dilaksanakan dalam MCA dan BN.

Jui Meng dilaporkan berkata, pemilihan jawatan PKR negeri adalah tertakluk kepada hak dan budi bicara beliau sebagai Pengerusi PKR Johor.

Pada sidang akhbar tersebut, kira-kira 20 anggota PKR Johor termasuk lapan ketua cabang membawa kain rentang yang mengandungi perkataan menentang kepimpinan Jui Meng.

Antara ialah ‘Chua Jui Meng diktator, kami anggota PKR menentangnya’, ‘Jui Meng Penghancur Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat Johor’, Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Layak Pengerusi Keadilan Johor’.

Saiman berkata, pihaknya akur dengan hak dan budi bicara yang diberikan kepada Pengerusi PKR Johor untuk menentukan jawatan dalam PKR negeri, namun perkara itu mesti terlebih dahulu dibincangkan dengan anggota parti dan ketua cabang.

“Ini tidak, ada orang yang kita tidak kenal tetapi rapat dengan Jui Meng diberi jawatan tanpa ada perbincangan dengan anggota parti.

“Semasa pemilihan jawatan PKR juga, Jui Meng menyarankan agar kami memilih Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden. Sepatutnya beliau sebagai pengerusi tidak memihak kerana parti mengamalkan perjuangan, kebebasan dan ketelusan,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira dua minggu lalu Jui Meng mengadakan mesyuarat PKR negeri dan mengumumkan jawatan dalam PKR Johor tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang.

Sehubungan itu, Saiman turut menyifatkan Jui Meng sebagai jeneral tanpa askar dan tidak ubah seperti ‘kaduk naik junjung’.

“Asalnya beliau hanya dipilih sebagai Pengerusi Tugas Khas PKR untuk menakluk Johor, namun kini seperti kaduk naik junjung dengan membuat keputusan tanpa berbincang dengan anggota parti.

“Apa yang dibuatnya dirasakan betul tetapi sebenarnya tiada siapa yang ikut seperti jeneral tanpa askar,” katanya.

Saiman turut mengecam budaya samseng yang dibimbanginya semakin menular dalam PKR apabila beliau sendiri menerima dua ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang.

“Saya menerima dua SMS berbaur ugutan daripada individu sama pada 31 Oktober lalu dan semalam. Demi keselamatan, saya membuat laporan di Balai Polis Renggam pada 1 November lalu dan semalam,” katanya.

Saiman berkata, antara kandungan SMS itu menyarankan beliau meninggalkan PKR dan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), malah pengirim SMS turut menyuruh beliau menghentikan hasutan sebelum pengirim hilang pertimbangan.

Thursday, October 28, 2010

Orang Asli terus diberi bantuan

KOTA TINGGI 27 Okt. - Warga Orang Asli keturunan Jakun di tiga kampung di sini amat mengalu-alukan kehadiran dermawan termasuk jabatan kerajaan dan swasta untuk membantu meringankan beban kehidupan mereka.

Ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini, mereka amat mengalu-alukan sebarang program bantuan untuk menampung keperluan harian mereka, di samping banyak ilmu kehidupan yang boleh dikongsi bersama.

Hakikat itu dinyatakan sendiri oleh Tok Batin, Kampung Sayong Pinang, Antoi Mabot, 60, yang menyifatkan kehadiran dermawan telah banyak mengubah kehidupan penduduk di kawasan itu.

Kata Antoi, banyak kemudahan yang diberikan di kampung itu seperti elektrik, air paip, padang permainan, sekolah rendah, balai raya dan kemudahan lain.

"Yang kami merasa bertuah dan bersyukur, kini sebanyak 12 penduduk mendapat rumah di bawah Program Pembangunan Rumah Termiskin (PPRT), yang membolehkan mereka tinggal dengan selesa.

"Kami mengharapkan lebih banyak lagi rumah seumpama itu dibina demi keselesaan penduduk di sini," katanya.

Antoi turut mengakui warga penduduk di situ turut mendapat perhatian yang istimewa dari Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang kerap meninjau masalah penduduk kampung itu.

Baca sterusnya di Utusan Malaysia

Lima ditangkap positif dadah




JOHOR BAHRU – Seramai lima individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri ini selepas positif dadah dalam satu serbuan di sebuah kawasan lapang di Jalan Dato Dalam, di sini, semalam. 

Operasi selama tiga jam yang dinamakan sebagai Ops Res-Q di lokasi terbabit dan sebuah tanah lapang berhampiran Danga City Mall itu bermula sekitar jam 3.30 hingga 6.30 petang dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota AADK negeri. 

Ketua Unit Operasi AADK negeri, Zulhilmi Ahmat berkata, operasi berkenaan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam seterusnya membuat intipan selama tiga hari di dua lokasi terbabit. 

Menurutnya, pihaknya menahan empat lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan. 

baca seterusnya di Sinar Harian

Kerajaan Negeri Johor sasar pendapatan keluarga miskin RM2,000

MUAR 27 Okt. - Kerajaan negeri mahu menaikkan taraf pendapatan keluarga miskin ke paras lebih RM2,000 sebulan sebagai salah satu fokus dalam Belanjawan Johor 2011 yang bakal dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 11 November ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan negeri akan merangka strategi untuk mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga miskin menerusi penglibatan dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) serta kegiatan pertanian.

"Walaupun kerajaan negeri hampir berjaya menangani masalah miskin tegar, kira-kira 30 peratus daripada isi rumah di negeri ini masih memperoleh pendapatan di bawah paras RM2,000 sebulan.

"Oleh itu, kerajaan negeri merangka program untuk mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga miskin ini dan mengenal pasti peluang supaya anak-anak mereka juga dapat latihan kemahiran, tidak kira di universiti atau pusat-pusat kemahiran," katanya.

Baca seterusnya di Utusan Malaysia